0 Items in your cart – View Cart
Change Language
Welcome Guest. Register to sign in
About Us

Tentang Kami
JerseyMurah.com diwujudkan supaya setiap peminat pasukan bola sepak boleh mendapatkan jersey pasukan kegemaran mereka dengan hanya beberapa klik secara online! Kami menawarkan hampir kesemua jersey bola sepak bagi liga-liga yang popular seperti Liga Inggeris, Liga Italy, Liga Sepanyol dan sebagainya. Malah, kami juga ada menyediakan jersey-jersey pasukan bola sepak tempatan dalam Liga Super.
Visi kami agar setiap peminat mendapat jersey yang mereka inginkan dengan harga yang jauh lebih murah tanpa perlu berusah-payah mencari jersey di luar. Kami menyediakan jersey tidak original TETAPI dengan kualiti yang terbaik iaitu gred AAA (Triple A), 100% polyster dan machine washable.
Team Jersey Murah (dot) Com
JerseyMurah.com diuruskan oleh team kami yang terdiri oleh - Isyamudin Raimi Awang, Zarfarizi Zakaria & Mohd Zharif Zani yang berasal dari Kelantan. Kami akan pastikan produk yang di tempah oleh para pelanggan akan sampai ke pintu rumah dalam masa tidak lebih dari 3 hari. Kami juga berani menawarkan jaminan pulangan wang selama 14 hari daripada tempoh belian, andaikata para pelanggan tidak berpuas hati dengan mutu jersey yang kami tawarkan.
Tempahan Khusus
Kami menerima tempahan khusus andaikata tiada produk yang anda inginkan di JerseyMurah.com. Kami juga menerima tempahan secara pukal dan sentiasa terbuka untuk berbincang mengenai soal harga kerana kami sentiasa letakkan kepuasan pelanggan sebagai perkara utama.
Buatlah pilihan jersey yang terbaik untuk anda tanpa perlu ada rasa ragu-ragu kerana kami beri jaminan bahawa pembelian anda di sini adalah selamat 100%. Jika terdapat sebarang pertanyaan, boleh hubungi:
Hotline: Zarfarizi Zakaria (013-6614046) Isyamudin Raimi Awang (012-2731356) & Mohd Zharif Zani (017-2504804).
Selamat membeli-belah di kedai online kami. Yang terbaik hanyalah di JerseyMurah.com.